Thursday, 6 December 2012

HaTi yG Satu! ::


:HATI yang SATU:.

Wahai hatiku.Berharap sangat kau tak akan cepat berubah,tak akan mudah terpengaruh,tak akan mudah tersinggung,tak akan senang terluka dan segala macam 'ter' lagi la.Berdoa selalu agar kau akan tetap kuat menghadapi dugaan dalam hidup ini.Sebabnya mudah dan ringkas je.Kalaulah cik jantunghati ini dah tak kuat,jasad dan diriku tak akan tegar lagi untuk berdiri apatah lagi untuk bertapak di dunia ini.

.:MELIHAT sambil MEMERHATI:.

Seronok betul rasanya bila dapat memerhati..Memerhati kehidupan rakan-rakan,memerhati perjalanan manusia di muka bumi ini.Sambil menyedari yang kehidupan ku juga sedang diperhatikan oleh seseorang atau mungkin lebih dari 'seseorang'.Kadang-kadang tu,berharap juga yang diriku ni halimunan,boleh memerhatikan kehidupan orang lain tetapi orang lain sebaliknya.Tak ada la campur tangan orang lain dalam urusan hidupku ni kan?Hehe..Namun,keinginan seperti itu sama seperti aku meminta dunia ini diwujudkan tanpa 'the end of the day' nya,sama seperti aku meminta dunia ini penuh dengan gembira je,penuh dengan suka ria je,tak perlu ada air mata,tak perlu ada dukacita.Lantas.Tak akan ada lagi la pro dan kontra.Tak ada lagi perbandingan : buruk vs elok , jahat vs baik , hitam vsputih , kotor vs bersih.Maka hilanglah kesempurnaan yang sudah siap sedia tercipta utk diri kita..Jadi,kesimpulannya!Dalam kita dok memerhati kehidupan orang lain,jangan lupa bahawa kehidupan kita juga sedang rancak diperhatikan oleh mereka di luar sana.Mungkin sahaja diaorang tengah syok ketawa tak hengat  ketika memerhatikan kehidupan kita (err..mintak jauh la..),atau mungkin diaorang bersimpati dengan kehidupan kita,atau mungkin diorang sering berkata kepada diri sendiri 'kisah hidup die ni x byk beza la dengan hidup aku'.Mana satu yang jadi pilihan kita?'Lu pikir la sendiri'.(0_o)

Apa yang sedang hangat aku perhatikan sekarang ni?0k.Nak bagitahu la ni.Aku tengah syok perhatikan kawan-kawan ku yang sedang asyik bercinta.Haha.Dulu masa sekolah (time jadi dak hingusan dulu),rasanya tak kisah sangat la tengok budak sekolah bercinta atau couple.Cinta monyet je lagipun.Cinta tu sangat subjektif kot.Semua orang nak merasainya.Siapa tak nak kan?Haha.Apa yang paling menyeronokkan memerhati orang tengah asyik bercinta ni ialah sikap diaorang (pasangan tu) berubah habis!Daripada brutal jadi romantik,daripada segan2 jadi 'very daring',daripadabahasa baku (saya,awak) jadi ayat2 jiwang.Sudah la tu.Cukup ok?Tak berniat menyindir,cuma memerhati.'Jadi panduan untuk diri sendiri (yang baik la),jadi sempadan (untuk yang kurang baik).(^_^).

Cinta dan Penulis?Ehem2.Macam mana nak diterangkan yer?Jawapannya diringkaskan melalui bait2 lirik lagu ini :

Bukan aku tak sudi bersama,
Cuma diri tak sanggup terluka,
Dulu terlalu percaya,
Tak sangka,
Aku mangsa,
Fobia cinta..

Kini kau datang tawarkan segala,
Bulan dan bintang seluruh angkasa,
Namun aku masih ragu-ragu jua,
Tak terima..

Entah bila akan dapat percaya semula,
Oh manusia kata,
Cintai mereka,
Adakah aku fobia cinta??

Dapat tak maksud tersirat di sebalik lirik ni?Hehe..

.:Kesinambungan 'Hati yang Satu':.

Apa kaitan hati dengan kisah cinta kawan-kawan aku ni kan?Sangat2 la berkait..Kalau tak adahati macam mana nak bercinta.Betul tak?Aku cuma ingin berpesan kepada hatiku,sentiasa dan akan terus-menerus berpesan,janganlah sang hatiku yang satu ini dilalaikan dengan perkara2 remeh yang akhirnya akan melemahkan diriku.Kuat dan tegarlah wahai hatiku.Aku cinta,aku sayang diriku!(^_~).

.:Cintaku Selayaknya:.

Siapa yang selayaknya aku cinta dan sayang?Kerana aku hanya mahu mencintai mereka yang layak (bukan layak kerana status,kedudukan).Layak tu juga subjektif kan?Layak di hatiku ialah mereka yg pandai m'hargai kasih sayang yang aku berikan dan terima aku seadanya..bukan nya mereka yang hanya m'mandang aku hanya sebelah mata dan m'harapkan p'balasan setiap apa yg mereka berikan kepada ku..aku mahukan cinta yang ikhlas...

sampai d'sini lah cerita hati ku yang 1..ada masa kita akan b'jumpa lagi..insyaALLAH....BIG SMILE for along..:)

No comments:

Post a Comment